Thursday 18 October 2012

Habis final exam semester empat..

Pada 16 Oktober 2012...Tamatlah sudah peperiksaan akhir bagi semester empat...Kertas terakhir ialah kertas statistik bertempat di clas 8B..Sebelum ini paper Entrepreneurship ENT 300 1hb 10 2012 bertempat di Dewan Aspirasi..Memang sejuk sanagt-sanagt..Paper kedua Malaysian Politic PAD 310 11hb 10 2012 bertempat di Class 2B dan Introduction to public services PAD 252 pada 13hb 10 2012 selang sehari selepas PAD 310 bertempat di Dewan Aspirasi juga...Tamatlah sudah semester ini..Selamat tinggal DYB 229..banyak kenangan kita bersama..Kawan-kawan sebilik yang kecoh Nana,Wanniey dan Aisyah..Insya Allah jumpa lagi semester hadapan..Semoga keputusan final exam ini cemerlang.. Aamin..

kenapa aku??

Semalam ex-boyfriend saya call lagi..Awal-awal pagi pula tue..Saya terjaga dari tidur pukul 6 pagi..Tengok handphone ada satu miscall daripada dia..Saya tertanya-tanya..Kenapa dia still nak contact saya..Sya takut..Saya tak nak di Cop pengganggu rumah tangga awak..Saya tak nak dicop sebagai perampas dan orang ke tiga..Cukup la dengan apa yang awak da buat selama ini..Cukup la kisah kita dahulu..Cukup la saya banyak bersabar dengan awak..Sekarang saya nak mulakan hidup baru..My new Life okay..Awak kan da tunang..So,jaga lah tunang awak dengan sebaik-baik nya..Jangan musnahkan hidup dia..Itu sahaja saya nak..Jangan lah permainkan hati wanita lagi..STOP IT..Okay..

Tuesday 15 May 2012

First time final exam untuk shortcourse

Hari Jumaat nanti adalah masa yang dinanti-nantikan..yela da nak final exam untuk subjek LAW 309...berdebar-debar juga la rasakan..tapi Insya Allah saya akan buat yang terbaik untuk diri sendiri,ibu dan ayah serta keluarga..kawan-kawan semua doakan saya ea..Semoga dapat result yang cemerlang..Walaupun exam hanya satu paper jew..Tapi rasa macam ambil 6 paper macam sem lepas..Hari ini da hari Rabu tinggal 2 hari lagi jew lagi..Fuhh..sumpah berdebar-debar rasa..Tapi tengok dekat luar bilik budak-budak bising-bising dengan ada mak,ayah dan adik datang ambil barang..Rupa-rupanya da ada yang habis exam dan pulang ke kampung masing-masing..Seronoknya melihat diaorang da habis exam dan dapat bercuti pulang ke kampung..Mula lah teringat mak dan ayah di rumah..Itu pun setiap hari mesti call mak dekat rumah tue.hehehe..Yela rindu katakan..Okay la nak sambung study semula nie..Doakan saya yea..

Saturday 17 March 2012

Doaku....

Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
Agar kemesraan itu abadi…
Dan ya Allah, Ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku...
Amin.....